- Sila klik tulisan berwarna merah untuk papar Kamus Bergambar Bahasa Arab |
Kamus Bergambar Bahasa Arab
101 Keberkatan Lelaki Subuh
101
Keberkatan Lelaki Subuh Dari Perspektif Al-Quran, Hadis & Sains
Pengarang :
DR MOHD
ARIF HAJI MAT NOOR,
MOHD
DAHARUDIN HAJI DAUD,
USTAZ MOHAMMAD
SUBKI ABDUL RAHMAN AL-HAFIZ
Memang kajian tentang
solat subuh terlalu banyak dikupas dan dihurai. Namun, dalam buku ini telah
menghadirkan penelitian yang segar, penuh bermotivasi dan inspirasi bagi setiap
Muslimin dan Muslimah dalam memahami segala rahsia di sebalik keagungan,
kemukjizatan dan kedahsyatan tenaga atau energi spiritual dan psikologi
lelaki-lelaki subuh yang belum terungkap oleh mana-mana buku dan belum lagi
tersingkap oleh buku-buku seumpamanya.
Buku ini mengajak
para pembaca menelusuri jiwa lelaki-lelaki subuh dengan cara:
1. Terlebih dahulu menyingkap tirai-tirai rahsia di sebalik pilihan Allah SWT memilih waktu fajar sebagai waktu pelaksanaan solat subuh.
1. Terlebih dahulu menyingkap tirai-tirai rahsia di sebalik pilihan Allah SWT memilih waktu fajar sebagai waktu pelaksanaan solat subuh.
2. Lalu membedah aura spiritual dan kesan psikologi kepada lelaki-lelaki subuh yang selalu mempunyai iltizam menunaikan pelaksanaan solat subuh dengan penuh rasa ikhlas dan khusyuk.
3. Kemudian mengupas selok-belok rahsia perintah Allah SWT bagi segala bentuk pelaksanaannya (seperti rahsia sujud, rukuk dan lain-lain) yang sangat besar fungsinya untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit fizikal dan rohani manusia, terutamanya dilaksanakan ketika waktu subuh.
4. Berakhir dengan perbahasan menyeluruh tentang spiritual solat subuh terhadap kekuatan jiwa dalam menggapai keredaan Allah SWT kelak dalam kehidupan selepas mati (di negeri akhirat).
Kesannya buku ini
sangat bermanfaat untuk membumikan aura kedahsyatan jiwa lelaki-lelaki subuh
ketika menunaikan solat subuh secara spiritual dan psikologi yang belum dikupas
secara terperinci selama ini. Hayati kelazatan dengan membaca dan memahami buku
ini.
Biodata Ringkas : Mohd Daharudin Haji Daud
Pada tanggal 22 April, sayup-sayup kedengaran suara tangisan dari mulut seorang bayi kecil yang baru sahaja selamat dilahirkan seawal pukul 6:00 pagi di Kampung Empa, Jitra, Kedah Darul Aman. Anugerah Allah buat kedua pasangan suami isteri, Haji Daud bin Haji Yusoff dan Hajjah Siti Daharah binti Haji Yahya, yang diberi nama Mohd Daharudin bin Haji Daud dan merupakan anak yang keempat dari enam adik-beradik bagi pasangan ini.
Bermula didikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Di Raja, Alor Merah, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.
Alhamdulillah, telah berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.
Menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi ilmu dengan berbekalkan prinsip, “Sampaikanlah daripadaku (yakni daripada kalam Nabi Muhammad S.A.W) walaupun sepotong ayat” – mafhum hadis.
Demi Kasihmu, Husnil Khatimah
Oleh ZAID AKHTAR
(MINGGUAN MALAYSIA 30 DISEMBER 2001)
CERITA ana ini mungkin ada pada sesiapa termasuk anta juga. Ana tidak terkejut jika anta tidak mahu percaya, meski ia cerita benar. Terpulang kepada anta. Dan ana tidak memaksa sesiapa untuk percaya apalagi menjanjikan apa-apa. Namun untuk lebih meyakinkan anta, ana telah menyediakan saksi kepada kebenaran fakta cerita ini.
Ringkasnya, ana nyatakan:
Nil mencintai ana sejak di bangku sekolah. Kami sama-sama terpaut hati dan menjadikan cinta pemangkin semangat untuk meraih kecemerlangan dalam SPM. Guru-guru merestui dan kawan-kawan menganggap kami pasangan yang paling ideal. Memang cukup menggembirakan juga apabila sama-sama berjaya membuktikan keunggulan dalam peperiksaan. Dan sebuah cinta sejati mesti tahan diuji masa dan tempat. Kami terpaksa berpisah sementara - demi cita-cita - ana ke utara mengaji perakaunan, dan Nil ke matrikulasi undang-undang sebuah universiti di ibu negara.
Nil gadis baik. Lembut dan cantik. Sopan dan menawan. Sebagai siswi yang terdidik dengan agama sejak kecil, semestinya Nil bertudung dan taat menjaga syariat. Haram sekali belum pernah kami keluar dating seperti pasangan lain. Padanya memang terlengkap ciri-ciri penyejuk mata yang ana cari. Lalu kala usia sementah itu, ana sudah memasak tekad ke teras hati: biarlah Nil yang pertama, juga yang terakhir. Dan tidak lupa, tanpa pengetahuan Nil, ana tinggalkan seorang teman yang boleh dipercayai dan kebetulan sekuliah dengannya sebagai pemerhati.
Namanya Jai - saksi utama cerita ini yang ana janjikan tadi.
Tengok-tengokkan saja, pesan ana; kalau ada apa-apa, lapor segera!
Entah kerana apa, setahun selepas itu, hubungan yang masuk tahun ketiga itu terhenti sekerat jalan. Barangkali dihambat rutin kesibukan seorang siswa - senantiasa berkejar dengan kuliah, tutorial, assignment, peperiksaan, dan persatuan. Barangkali bosan diejek oleh kejemuan tinggal berjauhan. Barangkali juga akibat keegoan masing-masing. Ana tidak arif asbab setepatnya, dan tidak juga mahu mempertikaikan: siapa di antara kami yang memulakan tidak menghantar khabar berita. Yang pasti, kami terputus hubungan selama dua tahun.
Cinta 'monyet' zaman persekolahan itu ternoktah di situ.
Ana kesal juga. Rasa kasih itu masih ada. Rindu menghimpit juga kadangkala. Namun ego tinggi lelaki membunuh niat awal untuk memujuk. Biarlah masa yang jadi penentu siapa yang akan mengalah.
Ditambah apabila ana bertemu pula dengan Kay, Nil hampir dilupakan terus.
Kelembutan dan kebaikan Kay - seperti Nil - mengisi sepi dan kekosongan hati ana. Kami bertemu dalam program bakti siswa dan begitu jelas sealiran minat dan bidang. Hari demi hari, kebersamaan dalam berpersatuan menambah keintiman. Menjelang semester terakhir, bimbang kasih terungkai lagi, kami muwafik mengikat tali pertunangan.
Bahagia di hati ana sekejap cuma. Siapa sangka, tragedi yang juga dianggap klise dalam kisah-kisah sebegini, turut meronai kami. Takdir kadangkala hampir serupa. Kay terbunuh dalam kemalangan jalan raya selepas menduduki imtihan terakhirnya. Kesedihan tidak terucap namun air mata tidak pula keluar. Lantas ana meninggalkan utara Semenanjung sebaik tamat pengajian demi memadam memori duka.
Beginikah pedihnya ditinggalkan orang tersayang?
Belum sempat menganggur, ana lekas disapa jawatan akauntan di sebuah firma. Beberapa bulan di Kuala Lumpur, ana tersua Jai yang hampir ana lupakan.
Kau pacar paling tak guna! Ana terpinga-pinga. Jai memarahi ana dan mengungkit janji ana pada dirinya beberapa tahun lalu, pada Nil terutamanya. Spontan cerita silam itu bangkit semula. Pertama dan terakhir konon! Dasar pantang tengok dahi licin! Memang dia rupanya amat kesal dengan apa yang terjadi ke atas ana dan Nil sebelum ini. Telah berikhtiar menolong, berusaha menyambung kembali kasih yang terlerai; tetapi gagal setelah kehadiran Kay. Ana terkelu dihukum menelan paku buah keras yang dipulangkan.
Di mana Nil sekarang?
Jangan kesal, Fal. Kau datang agak lewat. Ana terkesima. Keluhan Jai itu mulai mengundang rasa bersalah. Lantas bertalu-talu mendesak Jai memerihalkan situasi sebenar.
Bagaimana dengan Nil sepeninggalan aku?
Salahkan dirimu Fal, bila mendengar ceritaku ini. Usah terperanjat. Nil sekarang bukan Nil yang dulu lagi. Hidupnya hampir hancur.
Hancur?
Kau meninggalkannya begitu saja. Tanpa kata, tanpa pesan. Kau bukan kekasih setia. Kasihan. Dia sungguh kecewa.
Ah, cinta kadang-kadang membahagiakan dan merosakkan manusia.
Jai mencari kekuatan bercerita. Ana tunduk patuh. Bagai pesalah yang menghadapi algojo lagaknya.
Pelajarannya hampir tersungkur. Mujurlah ada kawan-kawan yang simpati, dan dia bangkit semula. Biarpun lukanya akibat perbuatan kejammu belum sembuh benar-benar. Dia masih mengharapkanmu.
Ana hanya mampu menadah telinga dalam debar.
Aku cuba menghubungimu kala itu. Tapi gagal. Ya, khabarnya kau bertemu yang baru. Hampir setahun yang lalu, Nil berkenalan dengan seorang pemuda kacukan. Ben nama timangannya. Pemuda ini kelihatan baik, terpelajar, berada, dan boleh dipercayai tetapi latar belakangnya yang sebenar tidak diketahui. Hubungan mereka intim ditambah simpati Ben terhadap dirinya. Ramai juga teman yang meraguinya melarang, namun Ben dengan karismanya yang memikat, tetap berjaya memenangi hati Nil yang kosong.
Ana menggigit bibir.
Lagipun, Ben ketara begitu ikhlas dan berminat untuk kembali kepada pengamalan Islam yang sebenarnya. Nil rasa terpanggil untuk berdakwah. Kononnya, kata Ben, keluarganya jauh dari agama. Solat, puasa, zakat entah ke mana. Hanyut kebaratan. Dia mahu Nil membentuknya ke jalan lurus kembali. Dan seterusnya, mahu menikahi Nil.
Fal, kautahu kesudahannya?
Ana sekadar menggeleng.
Nil terpedaya. Mereka terlanjur….
Ya Allah! Ana terkesiap amat. Menekup muka dengan tangan. Telinga ini tersalah dengar? Ya. Kisah Natrah barangkali telah dilupa. Tapi usaha memesongkan akidah gadis Melayu masih berterusan. Ben guna pil khayal. Nil kini hamil lima bulan. Pengajian terpaksa ditangguhkan. Mereka belum menikah. Dan sekarang, khabarnya Ben sedang berusaha menggoyahkan sisa-sisa keimanannya.
Ah, kau tentu faham tindakan mereka selanjutnya. Rasa berdosa serta-merta mendera. Ana sudah lama mendengar episod cerita begini. Tetapi, payah mahu percaya, ia menimpa gadis sebaiknya yang pernah ana kenali.
Akukah punca semua ini?
Selamatkan dia, Fal. Bisik Jai.
Engkaulah orang yang paling tepat!
Akulah yang bersalah membiarkannya!
Rasa kasih dan kasihan deras meluap-luap.
Apa yang harus aku lakukan?
Lantas kami segera menjejak Nil. Memang malang. Dia telah diusir keluarganya dan terpaksa menebalkan muka, menumpang di rumah Rai, antara sahabatnya yang bersimpati.
Namun Ben terus-terusan memomokkannya dari sehari ke sehari, Rai memberitahu. Nil diugut.
Ben tidak mahu bertanggungjawab dan akan memalukannya sekiranya enggan menukar agama! Alangkah malangnya nasibmu!
Kekesalan yang sukar dibendung mendorong ana bertekad mahu menyelamatkannya, walau apa harganya sekalipun yang harus dibayar. Biarlah ana berkorban demi cinta murni yang pernah terjalin.
Demi rasa kemanusiaan. Demi akidah sucinya! Kami dipertemukan juga setelah sekian lama terpisah. Nil berwajah lesi, terkejut dan terselingar. Pura-pura tidak mengenali ana lagi bila disapa. Dia menangis. Rai dan Jai hanya melihat dari jauh. Membiarkan sahaja.
Nil dah tak kenal Fal lagi?
Fal dah tak ada dalam kamus hidup Nil lagi. Fal minta maaf. Fal sangat bersalah padamu.
Maaf?
Pergilah dengan cita-cita, Fal. Nil dah rosak.
Percayalah!
Walau apa pun, Fal masih sayangkan Nil. Hati Fal masih macam dulu. Lupakanlah cerita silam. Kita bina kehidupan baru.
Carilah gadis yang lebih suci. Nil tertawa seperti dirasuk hantu. Nil bukan gadis lagi.
Fal mau terima Nil dengan perut yang boyot ini?
Angguk.
Fal terlalu berdosa meninggalkanmu. Fal ingin menebus dosa itu. Tawanya pupus serta-merta. Tidak percaya? Ana tidak berganjak dengan keputusan itu. Dan ana tahu, hatinya masih ada ruang untuk ana lagi.
Segala-galanya berlaku begitu pantas. Dengan bantuan Jai dan Rai, Nil berjaya kami tiup keyakinan dan semangatnya semula. Tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawan selain Jai dan Rai, kami menikah minggu itu juga dengan berwali hakim di pejabat agama.
Menakjubkan sungguh. Macam mimpi. Ana sendiri kadangkala rasa kurang percaya. Tetapi inilah amanah Allah. Inilah cinta sebenarnya barangkali. Ya, cinta sejati memang menagih pengorbanan.
Dan Nil kadang-kadang sengaja menduga:
Mengapa abang masih pilih Nil?
Sebab cinta abang hanya pada Nil saja.
Bukan kerana kasihan?
Geleng.
Bukankah sejak sekolah lagi abang cintakan Nil?
Pengorbanan abang terlalu besar!
Bagaimanakah Nil dapat membalasnya?
Cinta sejati mesti ada ujian. Mesti ada pengorbanan. Abang pilih Nil kerana abang kasihkan Nil. Sayangkan akidah Nil. Cinta lama itu hangat semula. Auranya kembali menyelimuti kami. Bezanya kini kami di alam perkahwinan. Bahagia meronai jiwa. Berdekatan dengannya terasa jauh lebih tenteram. Namun ada cabaran lebih akbar di depan.
Bagaimana mahu menghadapi keluarga?
Ya, bonda memang sudah lama merungut mahu ana cepat beristeri. Mahukan cucu katanya. Lantas, kepada bonda, ana khabarkan sudah bertemu pengganti arwah Kay, dan akan segera berkahwin pada masa yang sesuai.
Justeru, kami berdua merancang sejurus Nil melahirkan bayinya nanti mahu disatukan secara beradat. Anak dalam kandungan Nil kian membesar. Bimbang diganggu oleh Ben dan khuatir terserempak dengan kaum kerabat ana atau sahabat terdekat, kami berpindah ke rumah sewa baru. Hanya Jai dan Rai sahaja yang tahu. Jiran sekeliling yang kurang mengambil peduli tidak menjadi kerisauan.
Untuk beberapa bulan, ana terpaksa mengelak daripada diziarahi sesiapa demi menjaga kerahsiaan ini. Demi kemaslahatan Nil. Kandungan Nil masuk ke bulan terakhir. Bagaimana dengan nasib anaknya nanti?
Itulah yang kerap bermain-main di fikiran dan mengganggu tidur. Tentang latar belakang Nil, ana tidak bimbang. Jika ditanya kelak, jawapannya sudah ana fikirkan. Kepada keluarga, akan ana katakan, Nil anak yatim piatu. Tiada saudara-mara lagi. Kononnya ana terpesona dengannya semasa menziarahi seorang teman di rumah anak-anak yatim. Cinta selayang pandang. Jai dan Rai juga pasti dapat membantu. Sekurang-kurangnya menjadi saksi penguat cerita.
Tetapi soal identiti anak di dalam kandungannya ini yang memeningkan kepala. Kelak mahu dibinkan apa? Dan masakan terlalu lekas pula kami mahu mengambil anak angkat selepas berkahwin!
Apa pula kata mereka nanti? Bagaimana dengan anak ini? Tanya Nil lagi.
Anak Nil, anak abang juga. Ia tidak berdosa. Ia amanah Allah pada kita. Ana menghembuskan keyakinan ke wajah Nil yang mulai ceria.
Abang terlalu baik!
Demi cintamu, Nil!
Ana hanya pasrah pada takdir. Tawakal. Ana yakin, selagi perbuatan ana tidak menyalahi agama, rahmat Allah sentiasa bersama. Pasti ada reda-Nya.
Salahkah tindakan ana selama ini?
Bukankah ini pengorbanan demi cinta sejati?
Suatu malam, Nil mengadu sakit perut. Nafasnya nampak lelah. Kainnya juga sudah lencun basah. Lalu kami berkejar ke hospital. Barangkali masa kelahirannya sudah karib. Didorong cinta yang makin kental, ana cuba menyelit masuk bersama, tetapi ketegasan doktor menghalang. Hanya pandangan sayu terakhir Nil yang sedang berkerut menahan sakit menjadi bekal ana kala menunggu. Ana gelisah di luar dalam pada Nil di dalam sedang bertarung dengan maut. Tuhan sahaja yang Mahu Tahu hati ana waktu itu. Menanti legaran waktu, dalam debaran yang tidak menentu, alangkah sengsara! Doktor yang menghalang ana tadi keluar semula. Ana lekas menerpa. Bagaimana isteri saya, doktor?
Err, diharap encik dapat bertenang. Nil yang menghidapi asma dikatakan menghadapi kesukaran sewaktu melahirkan. Bayinya yang songsang pula lemas. Tuhan lebih menyayanginya. Maafkan kami. Kedua-duanya gagal diselamatkan.
Alangkah lekasnya pertemuan semula, kini perpisahan pula menjelma? Lutut terasa longgar. Air mata tidak dapat ana bendung lagi sewaktu menatap jenazahnya yang damai. Menangis semahu-mahunya!
Demikian Nil pergi. Syahid di akhirat bersama puterinya yang ana namakan seperti namanya - Husnil Khatimah. Kehilangannya begitu terasa berbanding kepergian Kay dulu. Namun ana reda, sekurang-kurangnya ana telah melaksanakan sebuah amanah Tuhan.
Ia tamat di situ.
Ya, memang ini bukan sekadar cerita cinta tetapi memori sedih.
Pelik bukan?
Cinta bukan sahaja hadir tiba-tiba malah kadang-kadang lahir dari rasa kasihan. Dan seringnya pengorbanan akan ditagih cinta sejati, yang cuma satu dalam seribu.
Apakah anta percaya?
"People will forget what you said, people will forget what you did,
but people will never forget how you made them feel..."
Saat Abang Meninggalkan Kami
Abang banyak berubah. Jelas sekali beberapa bulan kebelakangan ini.. Dialah satu-satunya abang kandungku yang benar-benar berubah.
Fitri Amri, dialah abangku yang masih belajar di Universiti Malaya, dalam jurusan Sains Bioperubatan tahun akhir. Dialah abang yang sangat baik, cerdas, periang dan sudah pastinya handsome! Abang kini juga sudah mampu membiayai kuliahnya dari hasil mengajar tuisyen dan kelas agama untuk budak-budak sekolah.
Sejak kecil lagi aku dan abang sangat rapat. Tidak ada rahsia di antara kami. Dia selalu mengajakku ke mana saja dia pergi. Dia juga yang menolongku ketika aku memerlukan dan menghiburkan aku ketika aku sedih. Pendek kata abang selalu melakukan hal-hal yang baik, menyenangkan dan beerti dalam hidupku.
Zaman aku memasuki usia dewasa, hubungan kami semakin rapat.Jika ada sahaja waktu kosong, kami akan menghabiskan masa bersama. Jalan-jalan, menonton wayang atau konsert-konsert muzik atau lepak-lepak dengan kawan-kawan. Abangku yang mempunyai karekter lucu itu sentiasa membuatkan suasana santai kami menjadi begitu seronok dan kadang-kala membuatkan teman-temaku ketawa terbahak-bahak. Dengan menaiki satria putihnya, dia mengelilingi Bandar Alor Star untuk menghantar teman-temanku pulang selepas selesai menjalani latihan teater. Kadang-kadang kami singgah di restoren untuk makan bersama atau bergembira di Taman Ceragan.
Semua orang menyukai abang Fitri. Bukan hanya keluarga atau jiran tetangga, orang tua dan adik-adik teman abangku juga suka akan penampilan abang Fitri!
“ Abang kamu ni handsome, pandai ambil hati orang dan suka buat lawak. Masih solo lagi ke? "
“ Gara-gara kamu bawa abang kamu ke rumahku, membuatkan kakakku membandingkan teman lelakinya dengan abang kamu. Gila!!! " Kata Halida.
“Macam mana Su nak buat bagi abang kau sukakan aku”, Tanya Hamidah.
Dan banyak lagi lontaran-lontaran senada yang singgah di telingaku. Aku Cuma tersenyum. Bangga.
Pernah kutanyakan kepada abang Fitri kenapa dia sehinga sekarang masih belum ada teman wanita. Apa jawapannya?
“ Abang masih belum berminat. Abang kan masih belajar. Kalau abang ada mak we, banyak kena buang duit. Banyak pula yang akan patah hati! He…He…He…”, ujar abang pura-pura serius.
Abang Fitri dalam pandanganku seorang lelaki yang cukup ideal. Dia ada segalanya. Dia mempunyai perancangan masa depan, tetapi tidak pernah takut menikmati hidup. Dia seorang yang moderat tetapi dia tidak pernah meninggalkan solat.
Itulah abang Fitri!
Namun, seperti yang telah kukatakan, entah mengapa beberapa bulan kebelaknagn ini dia banyak berubah! Perubahan yang cukup drastik.Dan aku seolah-olah tidak kenal siapa abang Fitri sebelum ini. Aku sedih. Aku kehilangan . Abang Fitri yang kubanggakan sebelum ini entah hilang ke mana…
“ Abang…Abang…!" teriakku kesal sambil mengetuk pintu bilik abang dengan kuat.
Tidak ada jawapan. Padahal kata mama abang ada di dalam biliknya. Kulihat stiker warna keemasan di hadapan pintu bilik abang Fitri. Tulisan berbahasa Arab. Tidak mampu dibaca olehku. Tetapi aku mampu mebaca maksudnya: Jangan masuk sebelum memberi salam!
“ Assalamualaikum!” kataku.
Pintu bilik abang dibuka dan kulihat senyuman lembut abang Fitri.
“ Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh."
“Ada apa Su? Menjerit macam kucing kehilangan anak?" Tanya abang.
“ Matikan kaset tu!” balasku dengan kuat.
“ Kenapa pula?” Tingkah abangku.
“ Sakit telinga Su dengar lagu-lagu tu, abang! Kita bukan orang Arab, kalau abang pasang pun bukannya faham!" Marahku .
“ Ini nasyid lah. Bukan sekadar nyanyian Arab tetapi zikir, Su” Jawabnya dengan tenang.
“ Apa la Su nie !”
“ Kan ke bilik ni bilik abang. Abang bebas untuk buat apa pun yang abang rasa abang suka dan baik untuk bilik abang”, kata abang dengan nada lembut.
“ Semalam abang pasang di ruang tamu, Su marah abang, mama pun jadi pelik. Jadi abang pasang je kat dalam bilik abang ni”.
“ Tapi telinga Su ni terganggu dengan bunyi2 tu. Su tengah sedap dengar lagu Ricky Martin , tiba-tiba terdengar pula nyanyian asing dari bilik abang! "
“ Abang pasang taklah kuat, Su”.
“ Yang pastinya terdengar di telinga Su ni !" Bantahku.
“ Oklah, kalau macam tu abahg tukar je lagu nasyid melayu atau bahasa Inggeris. Bagus kan!"
“ Tak nak, yang pasti Su tak nakdengar lagu-lagu macam tu”.
“ Su tak nak dengar tutup je lah telinga tu”.
Aku meninggalkan bilik abang dengan muka masam
Hairan dan pelik. Aku benar-benar tidak habis berfikir mengapa selera muzik abang jadi begitu. Pergi mana kaset-kaset scorpion, Elton John, Queen atau Eric Claptonnya?
“ Bukan macam dulu lagi lah Su. Dengar lagu Scorpion atau Eric Clapton itu belum tentu mendatangkan manfaat, apalagi pahala. Lain lah dengan lagu nasyid senandung islam ni. Su nak dengar? Ambil je dalam bilik abang. Abang beli banyak!" Kata abang.
"Ala! Leceh la!!! "
Sebenarnya perubahan abang bukan cuma itu sahaja. Banyak. Terlalu banyak! Walaupun aku hanya adik kecilnya yang baru tingkatan dua, aku sudah cukup rimas dengan perubahna-perubahan itu. Terlalu sukar untuk aku menghadapinya.
Dalam satu keadaan aku mengakui bahawa abang Fitri semakin jadi alim. Solat tepat pada waktunya, berjemaah di masjid. Percakapannya hanya tentang persoalan agama. Kalau aku mengintai di sebalik lubang pintu biliknya, dia pasti membaca al quran atau buku-buku agama. Kalau aku masuk sahaja ke dalam biliknya, dengan senang hati dia menceritakan isi buku yang telah dibacanya. Akhirnya..
“ Su, kalau Su nak pakai tudung abang sanggup pecahkan tabung abang untuk beli tudung dan baju kurung untuk Su. Seorang muslimah mesti kena cantik. Cuba ye Su. Tak payah lagi lah nak gondolkan rambut Su tu!” pujuk abang Fitri.
Huh! Kenapa pula dengan abang Fitri ni? Tak pernah-pernah dia nak komen penampilanku yang agak tomboy selama ini. Yang aku tahu, aku hanya ada dua pasang baju kurung dan tudung. Pakaian seragam sekolah dan juga pakaian seragam untuk kelas agama. Sebelum ini dia tidak pernah keberatan jika aku sendiri yang memakai kemeja dan jeansnya. Aku menjadi semakin pelik.
Penampilan Abang juga semakin berubah. Mama sering menegurnya.
“ Kenapa dengan penampilan Fitri sekarang ni, lain benar mama tengok?”
“ Lain macam mana tu mama ?”
“ Ya la, tak sehebat dulu. Tak smart lagi. Biasanya kamu yang paling sibuk menjaga penampilan kamu yang katanya ala-ala cover boy…”
Abang Cuma tersenyu. “ Fitri lebih uka macam ni, ma. Bersih, rapi walaupun sederhana. Nampak lebih santun”.
Benar, dalam pandanganku abang Fitri kini kelihatan lebih kuno dengan hanya kemeja lengan panjang warna koko yang dipadankan dengan seluar panjang yang agak lusuh. Abang lebih nampak tua dari usianya, macam Pak Kasim”, komenku dalam hati yang menyamakannya dengan pemandu kami.
Abang Fitri cuma tersenyum. Dia mengusap-usap rambutku dan berlalu.
Abang Fitri kini lebih banyak diam. Itu juga yang sangat aku rasakan. Sekarang abang tidak suka membuat lawak apatah lagi untuk berbual dengan perempuan. Teman-temanku sibuk bertanya. Irah, peragawati sebelah rumahku yang menaruh hati pada abang juga kebingungan dengan perubahan diri abang Fitri.
Dan yang paling aku pelik, abang sudah tidak mahu bersalaman dengan perempuan! Apa sudah jadi dengan abang sekarang?
“ Abang ni kenapa? Kenapa sekarang dah tak nak bersalaman dengan perempuan. Kawan Su tadi nak salam dengan abang. Abang ni macam tak pandai hargai orang la. Tak baik tau!”
“ Sebab abang hargai dia la, abang bertindak macam tu”, dalih abang.
“ Dulu ok je abang salam dengan perempuan, kenapa sekarang tak boleh pulak?” Tanya aku lagi.
Abang Fitri membuka sebuah buku dan memberikan kepadaku. “ Baca!”
Kubaca kuat-kuat. “ Dari Aisyah ra. Demi Allah, Demi Allah, Demi Allah. Rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita kecuali dengan mahramnya. Hadis Bukhari Muslim!”
Abang tersenyum.
“ Tapi ustaz Jefri salam je dengan mama. Haji Yahya, Haji Mahmud, Haji Ali”, kataku.
“ Bukankah Rasulullah Qudwatun Hasanah? Teladan terbaik?” Kata abang sambil mengusap kepalaku.
“ Adik cuba faham dengan baik tau, ya adik manis!”
Adik Manis? Cuba mengerti ye? Huh! Seperti biasa aku keluar dari bilik abang dengan langkah longlai.
Bagiku abang terlalu fanatik! Aku menjadi semakin khuatir. Apa lagi untuk untuk menuntut ilmu putih? Ah, aku juga takut kalau dia terikut-ikut dengan ajaran yang sesat. Namun, akhirnya aku tidak dapat menduga semua itu. Abangku memang orang yang cerdik! Walaupun umurnya baru dua puluh tahun tetapi dia sudah mampu berada di semester akhir di Universiti. Dan itu membuatkan aku semakin yakin bahawa batinnya jernih dan bersih. Cuma…ya, akhir-akhir ini dia banyak berubah. Itu saja. Kutarik nafas dalam-dalam.
“ Nak pergi mana ni Su?”
“ Nak pergi tengok wayang dengan kawan-kawan”, balasku sambil memakai sepatu. "Abang bila ajak pergi nonton mesti tak nak!”
“ Kalau macam tu baik Su ikut abang je, ok”.
“ Ke mana? Ke tempat yang abang bawa Su tempoh hari ye. Tak naklah”, balasku dengan baik.
Aku masih ingat lagi beberapa minggu yang lalu abang pernah membawaku ke rumah temannya. Ada pengajian. Aku pernah juga dibawanya mengikuti satu diskusi agama. Aku menjadi kekok. Bayangkan aku berhadapan dengan semua perempuan yang bertudung, sedangkan aku Cuma memakai t-shirt lengan pendek, seluar jeans dan rambutku yang gondol itu. Abang Fitri menyuruhku meakai tudung dan baju kurung, tetapi aku enggan. Abnag Fitri membiarkan saja aku dengan pakaian itu. Yang pastinya dia mahu aku ikut serta bersamnya dalam pengajian itu.
“ Assalamualaikum! “ terdengar suara beberapa orang lelaki.
Abang menjawab salam itu. Tidak lama kemudian aku aku melihat abnag dan kawan-kawannya berada di ruang tamu. Aku sudah masak dengan tingkah laku kawan-kawan abang. Mereka masuk, tunduk. Aku pelik…seperti perlakuan abang.
“ Abang tak kan tak nak kenalkan kawan-kawan abang pada Su kot?" tanyaku dengan selamba.
Dulu tidak pernah ada kawan-kawan abang yang akrab denganku. Tapi sekarang, abang dengan mudahnya memperkenalkan mereka kepadaku. Padahal teman-temannya memang handsome.
Seperti biasa aku selalu mengikuti kegiatan mereka. Mereka mesti bercakap tentang keislaman, diskusi, belajar baca al Quran atau bahasa Arab…ya., itulah setiap kali apabila mereka bertemu.
Subhanallah, ini beerti abang kamu tu ikhwan ye” kata Fara setengah hysteria apabila mendengar ceritaku. Teman baikku itu memang sudah sebulan memakai tudung. Meminimumkan berpakaian jeans dan baju-baju t-shirt.
“ Ikhwan?" Ulangku. “ Makanan apa tu?" Suaraku yang kuat membuatkan pelajar-pelajar di kantin sekolah memandang ke arahku.
“ Hei kau ni, lelaki namanya ikhwan, untuk perempuan akhwat. Ertinya saudara. Biasanya digunakan untuk menyapa saudara seiman dengan kita”, kata Fara sambil menghirup air sirap.
“ Kamu kenal Anwar dan Shamsuri kan? Mereka tu contoh ikhwan paling nyata di sekolah kita ni”.
Aku mengerti sekarang. Penampilan Anwar dan Shamsuri tidak jauh berbeza dengan abang Fitri
“ Dahlah . Jangan dok pening sangat. Nak faham lagi, banyak baca buku Islam, Pergi ngaji tambah ilmu! Insya Allah kau akan lebih faham secara menyeluruh tentang din kita ni. Orang seperti Anwar, Shamsuri dan abang Fitri kau bukanlah pelik. Mereka hanya berusaha mengamalkan Islam dengan lebih baik dan benar. Kita saja yang belum mengerti dan selalu salah faham”.
Aku terdiam seketika. Aku lihat kesungguhan di wajah bening Fara. Tiba-tiba di mataku dia menjelma begitu dewasa.
“ eh., bila nak datang rumah? Mama dah lama tak jumpa kamu tau. Aku tetap ingin bersama kamu Su seperti dulu, walaupun sekarang kita mempunyai pandangan yang berbeza”, kata Fara tiba-tiba.
“ Fara, aku kehilangan kamu. Aku juga kehilangan Abang Fitri”, kataku jujur. Selama ini aku sengaja pura-pura tidak mmepedulikan kamu. Sebenarnya aku sedih…”
Fara menepuk bahuku. Tudung hitamnya bergerak ditiup angin. “ Aku seronok bila kau dah mampu menerima percakapanku seperti ini. Jom tidur kat rumah aku. Bolehlah kita berbual panjang. Nanti boleh aku kenalkan dengan Kak Arina”.
“ Kak Arina?”
“ Sepupuku yang baru balik dari Amerika! Satu yang luar biasa, pulang dari Amerika dengan memakai tudung. Itulah hidayah!”
“ Hidayah?”
“ Jomlah! Kita boleh sembang-sembang dengan Kak Arina sampai malam!”.
“ Assalamualaikum. Abang Ikhwan…, eh abang Fitri!” tegurku ramah.
“ Eh adik abang! Dari mana ni? Balik sekolah bukannya nak terus balik rumah! Kata abang pura-pura marah, selepas menjawab salamku
“ Dari rumah Fara, teman sekolah”, jawabku pendek.
“ Kenapa abang?" Tanyaku sambil mengamati beberapa poster, kaligrafi, gambar-gambar pejung Palestin, Kashmir dan Bosnia. Puisi-puisi sufi yang tertampal rapi di dinding. Dua rak buku-buku keislaman.
“ Abang baca buku apa?”
“ Ha…baca buku”.
“ Cepatlah tunjukkan pada Su”, desakku
Abang cuba menyembunyikan buku itu daripadaku.
Aku geletek pinggangnya, dia ketawa dan menyerahkan buku itu kepadaku.” Nah!” katanya sambil menunjukkan buku itu dengan muka merah padam.
“ Oo….! " Aku ketawa. Abang Fitri juga. Akhirnya kami sama-sama membaca buku
‘ Memilih Jodoh dan Tata Cara Meminang Dalam Islam’ itu.
“ Abang…”
“ Ya adik manis”.
“ Su ni akhwat juga ye”.
“ Kenapa?”
“ Su ni akhwat atau bukan, cepatlah jawab”, Tanyaku manja.
Abang ketawa. Petang itu dengan sabar dan panjang kami berdua berbual. Tentang Allah, Rasulullah. Tentang ajaran Islam yang diabaikan dan tidak difahami umatnya. Tentang kaum muslimin di dunia yang selalu menjadi sasaran fitnah serta penindasan serta hal-hal yang lain. Dan untuk sekalian kalinya, kini aku merasakan aku sudah kembali bertemu dengan abang Fitriku yang dulu.
Abang dengan semangat terus berbicara. Kadang-kadang dia tersenyum, sesaat kemudian dia menitiskan air mata. Hal yang tidak pernah kulihat sebelum ini.
“ Kenapa abang menangis?”
“Abang sedih kerana Allah, Rasul dan Islam kini sering dianggap remah. Sedih sebab umat Islam yang ramai meninggalkan Al Quran dan Sunnah, juga berpecah belah. Sedih ketika abnag sedah bersenag-senang dan boleh beribadah dengan tenang, saudara-saudara seiman di bumi lain dipangganl lehernya, mengais-ngais makanan di jalan, dan tidur beratapkan langit.
Sesaat kami terdiam. Aku dapat merasakan betapa sensitifnya abang Fitri.
“ Su faham taka pa yang abang ceritakan ni?”
“ Insya Allah, itu juga yang diceritakan oleh Kak Arina. Su faham walaupun tidak secara mendalam.
Malam ini aku tidur ditemani dengan beberapa buah buku milik abang Fitri. Yang pentingnya aku sudah diberikan hidayah!
Hari-hari berlalu. Aku dan abang semakin dekat seperti dulu. Walaupun aktiviti yang kami lakukan berbeza seperti dulu.
Kini, setiap minggu kami akan pergi ke kelas pengajian ataupu ke kuliah-kuliah agama. Kadang-kadang Cuma aku dan banag. Kadang-kadang aku memaksa papa dan mama ikut serta.
“ Best tau kelas tu pa. Tak kan setiap minggu papa nak pergi main golf je. Rohani tu memerlukan pengisisan juga? Tegurku.
Biasanya papa akan mencubit pipiku sambil menyahut, “ Oklah…!”.
Pernah juga abang mengajakku ke majlis perkahwinan kawannya. Aku menjadi bingung apabila sampai di sana. Soalnya pengantin tidak disandingkan tapi dipisahkan. Majlisnya juga memisahkan antara lelaki dan perempuan. Kami ke sana bukan mendapat cenderahati , tetapi dibahagi-bahagikan risalah nikah. Di situ ada dalil-dalil tentang mengapa walimah mereka dilaksanakan seerti itu. Dalam perjalanan pulang, baru abang memberi tahu bagaimana hakikat acara pernikahan dalam Islam. Majlis itu tidak boleh dilaksanakan dalam kemaksiatan apatah lagi dalam bentuk pembaziran. Ianya mesti berlandaskan Islam.
Kini abang Fitri lebih senang bersamaku. Soalnya aku kini sudah mula boleh diatur. Berpakaian lebih sopan. Pakai baju kurung dan ketawa juga sudah tidak keterlaluan.
“ Cuba Su pakai tudung, mesti lebih lawa!" Pinta Abang suatu ketika.
“ Rambut Su kan dah panjang sekarang! Belum lagi lah abang!"
Abang Cuma tersenyum. “ Su lebih manis kalau pakai tudung dan lebih dicintai Allah. Macam mama”.
Mama juga kini sudah memakai tudung. Mama berubah selepas abang selalu menasihatinya dan membeli buku-buku tentang wanita dan juga menghantar mama mengikuti kelas pengajian.
“ Su nak pakai, tapi bukan sekarang”, kataku. Aku memikirkan bagaimana dengan aktivitiku kini, prospek masa depan dan sebagainya.
“ Itu bukan halangan”. Ujar Abang seolah-olah mengerti jalan pemikiranku.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Hairan, mama yang selama ini adalah wanita yang begitu moden mudah sekali terpengaruh dengan abang Fitri!
“ Ini hidayah Su”. Kata mama. Papa yang duduk di samping mama tersenyum-senyum.
“ Hidayah? Perasaan Su dulu yang mendapat hidayah, baru mama! Su pakai baju kurung ni kan dah dapat hidayah!"
“ La?" Abang kebingungan.
Dengan penuh kebanggaan, kutatap dekat wajah abang . Macam mana tak bangga? Dalam Forum Islam peringkat universiti abang menjadi salah seorang ahli panelnya. Aku yang berada di antara ratusan peserta ini rasanya ingin berteriak, “ Hei, itu kan Abangku!”
Abang Fitri tampil dengan tenag. Gaya penyampaiannya cukup bagus. Bahan yang disampaikanya menarik dan retoriknya cukup luar biasa! Semua terpaku mendengar abang berbicara. Aku juga. Abang fasih mengeluarkan ayat-ayat al – Quran dan hadis rasul. Menjawab pertanyaan dengan baik. Aku sempat kebingungan. Aku tidak menyangka abang Fitri setahap itu? Bahkan bahan yang disampaikan oleh abang jauh lebih bagus berbanding ustaz-ustaz yang biasa kudengar.
Pada kesempatan itu juga abnag sempat ,memebicarakan tentang muslimah masa kini dan tentangannya dalam era globalisasi.
“ Betapa Islam yang jelas mengangkat harkat dan martabat wanita, dituduh wanita dikongkong dengan syariat memakai tudung. Tudung sebagai busana takwa, sebagai identity muslimah, diragukan bahkan oleh para muslimah kita, oleh orang Islam sendiri”, kata abang.
Abang terus berbicara. KIni kata-katanya kucatat di hati.
Dua hari lagi adalah hari ulangtahunku. Dan setiap kali pulang dari sekolah aku akan singgah ke rumah Fara. Minta diajar cara-memakai tudung. Kak Arina gembira melihat kesungguhanku untuk memakai tudung.
Aku mahu membuat satu kejutan kepada abang Fitri. Aku akan datang ke biliknya dengan memakai tudung putihku. Kemudia mengajaknya shopping untuk membeli barang-barang untuk majlis harijadiku.
Aku bayangkan dia akan terkejut gembira, memelukku. Apalagi aku ingin abang memebrikan ceramah dalam majlis itu. Aku juga akan menjemput anak-anak yatim untuk meraikannya.
“ Abang IKhwan!! Abang Fitri!!! Abang…! Assalamualaikum! Kuketuk pintu kamar abang Fitri dengan riang.
“ Abang belum pulang”, kata mama.
“ Yaaa, ke mana, ma??Keluhku.
“ Abang kan dijemput beri ceramah di Kolej Matrikulasi Seremban. Katanya dia berangkat terus dari kampus…”
“ Jangan-jangan abang tidur di sana terus, Ma. Biasanya malam minggu kana bang suka tidur di rumah kawannya, atau di masjid”.
“ Insya Allah tak. Kan abang ingat ada janji dengan Su”, kata mama menepis kegelisahanku.
Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Entah mengapa aku teringin sangat bersama abnag ketika ini.
“ Eh, baiki sikit tudung Su tu, muncung semacam je!” mama ketawa.
Tanganku sibuk merapikan tudung yang kupakai. Tersenyum pada mama.
Sudah masuk Isya’. Abang belum pulang lagi.
“ Mungkin dalam perjalanan. Seremban tu agak jauh juga”, hibur mama.
Tapi detik demi detik, minit demi minit berlalu. Sampai jam sepuluh malam, abang belum juga pulang.
“ Tidur sana agaknya, ma” duga papa.
Mama menggeleng. “ Kalau dia nak tidur sana selalunya dia akan berithu.
Aku menghela nafas panjang. Menguap. Ngantuk. Tudung putih yang kupakaibelum juga kulepaskan. Aku mengharapkan abang pulang dan melihatku memakainya.
“ Kriiiiiiiiiiiiiing!!” Telefon berdering.
Papa mengangkat telefon. “ Hello, ya betul. Apa? Fitri???
“ Ada apa , pa? Tanya mama cemas.
“ Fitri…, kemalangan…Di hospital”, suara papa lemah.
“ Abang Fitri!!!Air mataku jatuh berguguran. Tubuhku lemah.
Tidak lama kemudian kami sudah berada dalam perjalanan menuju Hospital. Aku dan mama menangis. Tudung kami basah.
Dari luar kamar kaca, aku melihat tubuh abang Fitri terbaring lemah. Tangan, kaki dan kepalanya dibalut. Maklumat yang kudengar sebuag lori menghentam kereta yang dipandu oleh abang. Dua kawan abang meninggal di tempat kejadian, abang pula berada dalam keadaan kritikal.
Doktor melarang kami masuk ke dalam bilik itu.
“ Tolonglah doctor, saya adiknya! Abang saya mesti nak tengok saya pakai tudung, pintaku penuh rayu di hadapan seorang doctor dan jururawat.
Mama dengan tenang merangkulku, “ Sabar, Sayang…sabar”.
Di suatu sudut aku nampak papa sedang berbicara dengan doctor yang khusus merawat abang. Wajah mereka agak suram.
“ Nurse, abang saya pasti hidup kan, nurse? Boktor? Ma? Tanyaku. “ Papa, abang boleh ceramah kan masa majlis ulangtahun Su ye? Air mataku terus mengalir.
Tetapi tidak ada yang menjawab pertanyaanku kecuali kebisuaan dinding-dinding hospital. Aku melihat dari kaca bilik itu tubuh yang selama ini kulihat gagah tetapi kini sudah tidak bergerak.
“ Abang, sembuhlah, abang…abang…Su sudah menjadi adik abang yang manis, abang…”, bisikku.
Tiga jam kami berada di hospital. Sekitar ruang ICU kini menjadi sepi. Aku berdoa dan terus berdoa. Ya Allah, selamatkanlah abang.
Tidak lama kemudia doctor memanggil kami bertiga. Katanya abang sudah sedar dan memanggil-manggil nama kami.
“ Pergunakan waktu yang ada untuk mendampinginya seperti permintaannya. Sukar baginya untuk bertahan. Maafkan saya…lukanya terlalu parah:, perkataan terakhir doctor menggoncang perasaan, menghempaskan harapanku!
“ abang…, ini Su, abang…,” sapaku berbisik.
Tubuh Abang bergerak sedikit. Bibirnya seolah ingin mengucapkan sesuatu.
“ Kudekatkan wajahku kepadanya. “ Su sudah pakai tudung”, lirihku kepadanya. Hujung tudungku yang basah kusentuhkan pada tangannya.
Tubuh abang bergerak lagi
Kudengar suara abang yang terlalu perlahan.
“ Syukur, Su dah pakai tudung…”
Aku menahan esakku.
Abang memandangku lembut, dia tersenyum. Bibirnya mengucapkan sesuatu seperti hamdalah.
“ Jangan cakap apa-apa dulu, abang”, ujarku perlahan ketika kulihat abang cuba berusaha lagi untuk mengatakan sesuatu.
Kian lama kurasakan tubuh Abang semakin pucat. Tetapi seketika aku merasakan tubuh abang bergerak. Aku melihat abang masih boleh mendengar apa yang kami katakana, meskipun hanya boleh membalasnya dengan senyuman dan isyarat mata.
Kuusap setitik air mata yang jatuh. Sebut nama allah banyak-banayak, abang. Kataku sambil menggenggam tangannya. Aku sudah pasrah kepada Allah. Aku berharap agar abang terus hidup. Tetapi sebagai insan beriman, seperti juga yang diajar oleh abang Fitri, aku pasrah pada ketentuan Allah. Allah tentu tahu apa yang terbaik bagi abang.
“ Laa…ilaaha…illa…Ilah.., Muham…mad…Ra…sul…Al…lah..”suara abang perlahan untuk kami dengar.
Abang telah kembali kepada Allah. Tenang sekali. Seulas senyuman menghiasi wajahnya.
Aku memeluk tubuh yang sudah terbujur kaku dan dingin itu kuat-kuat. Mama dan papa juga. Esak kami bersahutan walau kami rela abang pergi.
Selamat Jalan, abang Fitri
EPILOG
Buat ukhti manis Suhana Maria,
Semoga memperoleh umur yang berkah
Dan jadilah muslimah sejati
Agar Allah selalu bersamamu.
Dari abang sayang,
Abang Ikhwan, eh abang Fitri!
Kubaca berulangkali kad ucapan dari Abang Fitri. Aku terharu.
Jubah dan tudung warna hijau muda, cantik sekali. Akh, ternyata abang telah mempersiapkan hadiah untuk hari ulangtahunku. Aku tersenyum sendiri.
Aku memandang bilik abang yang kini sepi. Aku rindu panggilan adik manis, aku rindu suara nasyid. Rindu dengan diskusi-diskusi di bilik ini. Rindu suara abang melantunkan kalimah Allah. Hanya wajah para mujahid di dinding bilik yang menatapku. Puisi-puisi sufi yang seolah-olah bergema di ruang ini…
Setitik air mataku jatuh lagi.
“ Abang, Su akhwat kan? “
“ Ya Insya Allah akhwat?”
“ Ya, benar.
“ Ya adik manis!”
“ Kalau ikhwan itu harus ada janggut, ya?!
“ Kenapa Tanya macam tu?”
“ Saja…”
Abang Fitri Cuma tersenyum. Tersenyum dan terus tersenyum.
“ La, kenapa senyum pula, kan abang pun ada janggut jugakan”.
“ Handsome, kan”.
Setitis, dua titis, air mataku kian mengalir seperti air sungai.
Kumatikan lampu. Kututup pintu biliknya perlahan-lahan. Selamat jalan, abang Ikhwan! Selamat jalan, abang Fitri.
Biarlah Hati Yang Berbicara
masihkah ada cinta yang di sebutkan cinta?. apabila kasih sayang kehilangan makna?.
sejujurnya dia mencintai lelaki itu sepenuh jiwa. Sejujurnya dia merindui lelaki itu sepenuh hati.
Lelaki itu pilihan keluarganya. Walau begitu, dia reda dengan ketentuan Ilahi. Berdikit-dikit dia belajar mencintai lelaki itu. Bermula dari sifar, kasih sayangnya kian hari kian mekar mewangi harum setaman.
Wajah lelaki itu hanya pernah ditatap beberapa kali cuma. Pertama kali bersua ketika mereka bertunang. Kedua, sewaktu lelaki itu berkunjung pada suatu hujung minggu. Ketiga semasa mereka memilih pakaian untuk majlis pernikahan. Hanya itu waktu mereka bersua muka dan ditemani muhrim tentunya.
Sudah tentu dia memanfaatkan segenap saat dan detik untuk mengenali hati budi lelaki itu. Setiap patah yang terluah di analisis sewajarnya.
“ Epal sedap dimakan lebih-lebih lagi jikalau dibuat pai epal.” Kata lelaki itu sewaktu dia sedang sibuk menghidang buah di atas meja makan. Maka bersungguh-sungguh dia mempelajari membuat kek pai dari mak ngahnya. Lidah lelaki itu telah terlatih dengan masakan Barat. Untuk dirinya yang hanya handal memasak masakan kampung bertekad mempelajari masakan Barat daripada teman serumahnya, Julia.
“Warna biru lebih menyerlah” nyata lelaki itu menyukai warna biru.
“Permainan tenis menyihatkan badan,” maka habis satu Kinokuniya di KLCC itu di jelajah untuk mencari maklumat permainan tenis walhal memegang raket tenis pun dia tidak pernah.
Mengapa agaknya jika kita sudah jatuh cinta segalanya sanggup di redah degan tabah?. Yang benci menjadi suka. Yang tidak berkenan di hati kini menjadi kesuma jiwa.
Jika ditanya apakah dia benar-benar mencintai lelaki itu. Pasti jawapan YA bertamu tanpa ragu dan segan silu. Yang membezakan lafaz itu tidak pernah terluah. Bukankah dia wanita Melayu yang terdidik dengan sopan santun dan adatnya?.
Tetapi tegakah lelaki itu memilihnya?. Redakah lelaki itu melayari hidup dengannya?.
“Nur, saya sudah ada pilihan hati.” Luah lelaki itu sejurus selepas Aisya, adiknya meminta izin untuk ke tandas. Aisya suka benar jika di minta menjadi muhrimnya. Abang Fahrin Fattullah itu kacak betul, suka benar Aisya tengok. Aisya… Aisya yang indah itu bukanlah semuanya mutiara. Gugur bunga di syurga jika kita menyatakan lelaki ajnabi itu kacak. Malangnya Aisya senyum sahaja. Entah mengerti atau tidak.
Lihatlah kini, Abang Fahrin Fattullah idaman kalbu Aisya sedang menyiat atma kakakmu ini. Aduhai mengapa dia harus mendengar kata-kata itu daripada bakal suaminya?. Bakal suaminya yang telah dia cintai sepenuh jiwa. Seperti minyak yang penuh, jika terisi semakin melimpah ruah kasihnya..
“Jika Fahrin sudah ada pilihan hati, mengapa bersetuju dengan perkahwinan ini?.” Berbata-bata suaranya menyusun kata. Dia senang membahasakan bakal suaminya Fahrin apabila mereka berbicara. Malah dia sedang belajar untuk menyesuaikan lidahnya memanggilnya ‘abang’ usai pernikahan mereka. Bukankah lebih indah. Dia memang sukar memanggil insan lain dengan panggilan abang. Segan sungguh.
“Nur, maafkan saya”.
Maaf ???. Alangkah mudahnya. Siapakah yang dapat memaafkan pencuri yang telah mencuri hatinya. Hampir menitis air matanya.
“ Jika begitu mengapa tidak teruskan sahaja niat Fahrin. Nur akan doakan yang baik-baik sahaja untuk Fahrin dan gadis yang bertuah itu”. Ikhlaskah kata-katanya sebentar tadi?.
“Jangan begini Nur, diluah mati emak, ditelah mati ayah. Sayang-sayang buah kepayang dimakan tidak boleh dibuang sayang. Jangan buat Fahrin serba salah.”
Serba salah?. Diakah yang membuat lelaki ini serba-salah?. Dia yang bersedia melepaskan status tunangan orang agar sang arjuna jiwanya bersama bidadari yang lain langsung dituduh menyebabkan hati lelaki ini gundah?. Aduh … indahnya sungguh susunan bahasa lelaki itu. Makin berdarah luka hatinya diracuni kata-kata itu.
Ya Allah tabahkanlah hati ini.
* * * *
“ Sungguh Nur mencintainya.”
“ Siapakah yang dapat menyangkalnya Nur.Wirda tahu Nur tidak pernah menyerahkan hati Nur pada sesiapa.. “
“Apa kurangnya Nur?.”
“ Jangan kita persoalkan kekurangan diri, manusia tidak pernah sempurna bukan?. Bukankah kelebihan itu nikmat pinjaman Allah semata-mata?”
Dia terjeda sebentar. Wirda , rafiqah terakrabnya. Bila gundah Wirda insan pertama berkongsi duka. Apabila gembira cebisan ria itu pasti meronai Wirda jua.
“Setiap kejadian ada hikmahnya. Setiap dugaan tersirat makna. Bila begini tetapkan hati Nur dan mohonlah petunjuk pada Allah minhaj mana pilihan yang tepat. Gunakan akal yang waras bila bertindak.”
Aduh indah sungguh mutiara kata karangan Wirda. Siapalah dirinya untuk menandingi kehalusan budi bicara Wirda. Sedikit sebanyak kata-kata rafiqnya itu menyelinap lembut ke dalam hatinya. Ya Allah terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat sepertinya.
“sekiranya Wirda di tempat Nur?”
“Amboi.. Wirda manalah tahu. Tapi Wirda sudah biasa tanpa kasih sayang. Wirda tahu betapa peritnya bila kita kehilangannya. Lalu Wirda tidak kisah jika terpaksa berkorban. Memberi peluang untuk kebahagiaan orang lain kerana cinta tidak semestinya bersatu dan memiliki. Itu hanya pendapat Wirda sahaja tau. Sekarang Nur harus yakin. Bahagia pasti kan tiba.”
Aduahi Wirda.. enak sungguh mendengar kata-katamu itu. Wirda anak yatim piatu yang dikenali semasa menuntut di universiti dahulu. Wirda memang tiada sesiapa di dunia ini kerana tempatnya membesar adalah di rumah anak yatim. Ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan kapal terbang semasa Wirda masih kecil lagi. Ketabahannya itu mengagumkan Nur. Malah Wirda telah dianggap sebahagian daripada keluarga Nur sendiri
Usai berbual panjang bersama Wirda, dia akas mengambil wuduk dan bersedia untuk tunduk pada kekuasaan Yang Maha Esa memohon sinar harapan baru.
Majlis pernikahan akan berlangsung sebulan lagi. Terkilan hatinya di sebalik ria melihat wajah hening nan mendung Fahrin. Ada kalanya dia merasakan wajah itu menagih simpatinya untuk membatalkan majlis ini. Ada ketikanya wajah itu menguja tekadnya untuk berkeras meneruskan majlis ini.
Wajah itu yang silih berganti mengisi malam-malamnya. Betulkah tindakannya merampas arjuna hatinya dari cenderawasihnya?. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan pilihannya. Memang segalanya terletak ditangannya.
Dalam hatinya turut tertanya, siapakah cenderawasih yang benar-benar dapat menawan hati lelaki itu sehingga tega menolak cintanya?.
“Nur, sudikah Nur menjadi isteri saya sedangkan kasih sayang dan cinta saya bukan untuk Nur lagi?,”
Apakah perlunya Fahrin bertanya soalan yang melukakan hatinya lagi. Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi. Kesudiannya itulah yang meneguhkan tekadnya sehingga kini untuk meneruskan majlis pernikahan itu.
“Hanyut rakit dari seberang,
Putus tali mari bergalah,
Sungguh sakit bercinta seorang,
Ibarat bertepuk tangan sebelah.
Nur sentiasa sahaja sudi. Tetapi Nur rasa selayaknya soalan itu ditujukan untuk Fahrin. Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?. Yang akan mengetuai hati ini melayari hidup. Sedangkan kasih dan cinta Fahrin tiada setitis pun untuk Nur.”
Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin. Wajahnya berkerut menahan malu. Mungkin Fahrin tidak menyangka dalam diam dia mampu menyusun kata yang begitu ‘indah’.
Umi sedang sibuk melayan tetamu. Kawan umi dari negara singa itu sengaja bertandang pada hari itu kerana berkemungkinan besar tidak dapat hadir ke majlis pernikahannya. Umi ini ada-ada sahaja. Mereka bukannya membuat majlis persandingan.
Sekadar akad nikah dan upacara membatalkan air sembahyang sahaja tetapi senarai tetamu umi melebihi senarai tetamunya.
“Oh inilah bakal pengantinnya ya. Ini pula pengantin lelakinya.” Suara Auntie Sarah menjazamkan perbualan mereka seketika. Dia senyum sahaja semasa menyalami Auntie Sarah. Fahrin turut berbuat demikian. Aduh pandai sungguh kamu berlakon ya Fahrin, jerit hati kecilnya.
“ Si Fahrin ini hendak ambil Nur ke butik hari ini. Sebab itulah dia datang berkunjung. Mereka sedang tunggu si Aisya. Maklumlah untuk menjadi muhrim.”
Auntie Sarah mengangguk sekadar memahami.
“Mengapa tidak buat majlis persandingan sekali?.” Tanya Auntie Sarah apabila dimaklumkan dia hanya membuat majlis akad nikah sahaja.
“ Majlis persandingan di buat pada bulan Oktober dengan sepupu Nur sekali. Wasiat nenek nak Nur buat majlis perkahwinan di kampung.” Dia sekadar berbasa-basi sedangkan sebenarnya hatinya tidak disitu.
Selepas itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis. Bukan main suka Aisya apabila diminta menjadi muhrimnya.
Semasa di dalam kereta, mulut Aisya sahaja yang sibuk berceloteh dan Fahrin dengan senang hati melayan Aisya. Dia pula sekadar membuang pandangan di luar kereta.
Semasa mereka di butik, dia memandang baju lace ungu muda itu dengan pandangan yang sayu. Baju yang khas ditempah untuk upacara membatalkan air sembahyang itu mengundang rawan sahaja.
Sewaktu Fahrin membayar harga baju pengantin yang mahal itu, Nur dapat mencuri pandang sesuatu. Dan sesuatu itu yang telah mencacarmarbakan hatinya. Menambahkan racun di dalam kolam hatinya yang setiap hari bertambah kuat gelombang dan geloranya.
Lalu hatinya yang dahulu tekad mulai kendur. Dia tidak setekad itu untuk menghancurlumatkan mana-mana hati demi kebahagian sendiri.
“Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini.” Akhirnya ayat itu terluah juga. Ayat yang tidak ternilai harganya. Mata Umi terbelalak besar.
“Nur demamkah?. Agaknya takut nak bernikah dengan Fahrin ya. Biasalah tu....”
“Tidak umi..” Nur memotong kata umi dan saat itu air matanya mengucur turun. Mutiara jernih itu mengiringi ceritanya. Cerita duka hatinya.
Tarikh itu menjelma jua. Petang jumaat yang membawa rahmat dan rahmah. Hari Jumaat yang pernah menjadi saksi penyatuan Nabi Adam dan Hawa.
Talkala kompang menyambut ketibaan pengantin lelaki, hati Nur turut luruh tenggelam dalam keriuhan. Ketika Fahrin melafazkan lafaz kabul dalam sehela nafas dan disahkan oleh saksi, jiwa Nur bergoncang hebat. Saat Fahrin memasuki bilik pengantin yang berseri dalam rona ungu, jantung Nur berdegup tanpa rentak lagi.
Tika Fahrin mengucup dahi Wirda yang sah menjadi isterinya, air mata Nur mengucur laju tanpa segan silu. Gembira berbaur hiba yang ditahan-tahan sejak berminggu lamanya. Gembira untuk sahabatnya. Hiba untuk arjunanya yang sedang bahagia dengan sahabatnya.
Umi menggenggam erat tangannya dan mengesat air matanya yang mengalir.
“Hapuskanlah air mata ini Nur. Nanti Wirda fikir yang bukan-bukan pula.”
Umi akur dengan keputusan ini. Penat juga umi menjelaskan pada tetamu kerana jemputan menyatakan Nur yang akan bernikah. Alih-alih pengantin perempuannya adalah Wirda yang entah siapa-siapa.
Umi kata Wirda adalah ahli keluarga ini juga. Nur mendakap Umi selepas Umi berkata begitu.
Nur cepat-cepat menyapu air matanya. Dia harus reda dengan keputusannya. Keputusan yang telah bermain di benaknya saat melihat gambar Wirda di dalam dompet Fahrin.
Nur yang tidak sedar-sedar sebenarnya bahawa cenderawasih jiwa Fahrin adalah Wirda. Kisah cinta mereka telah bermula lama. Yang bezanya Nur sahja yang tidak tahu. Itulah Wirda yang tidak gemar mencanang rahsia hatinya.
Betapa Wirda marah benar apabila Nur memintanya menjadi pengantin bukannya dia
“Nur, itu kisah lama. Kami tiada apa-apa. Jangan fikir yang bukan-bukan dan buat tindakan gila ini.” Tegas Wirda.
Tidak apa-apa Wirda?. Dia tahu bukan mudah Wirda membuka pintu hatinya untuk sesiapa. Fahrin sendiri telah mengaku ‘si puteri lindungan bulannya’ adalah Wirda dan tentu bukannya dia. Jadi penafian itu untuk apa?.
Nur bertegas dengan Wirda. Soal malu dan maruah dirinya ditolak lantaran hidup ini bukannya boneka atau sandiwara. Jika bahagia itu milik Wirda, mengapa dia mesti menjadi perampasnya?.
Wirda sudah lama hilang kasih sayang sedangkan dia sentiasa dalam lingkaran kasih sayang. Apalah guna perkahwinan jika tanpa cinta yang mengikatnya?.
Saat Nur mengucup pipi Wirda, hati dia memang ikhlas untuk pengorbanan ini. Ikhlas untuk Wirda, sahabatnya. Mata Wirda berkaca tetapi bahagia.
“Terima kasih Nur. Wirda tak kan lupa pegorbanan Nur sampai bila-bila”
Bukankah cinta itu tak semestinya bersatu?.
Mohd Daharudin Haji Daud
×
□
_
Anda boleh menulis mesej atau pesanan di sini & jangan lupa like page saya... Terima kasih.